Keith Ellison

Keith Ellison
us congressman keith elisson



Pasti ada yang tertanya-tanya siapa beliau dan kenapa artikel ini ditulis. Siapa beliau? Beliau adalah ahli Kongres Amerika Syarikat (U.S). Pasti ada jugak yang tertanya-tanya apa yang bestnye sampai aku buat artikel pasal beliau pulak seorang ahli kongres Amerika Syarikat ini? Jum baca lebih lanjut..
Keith Ellison, anak ketiga dari lima adik-beradik. Dibesarkan dalam suasana Roman-Khatolik di Detroit, Michigan.  Ellison dan dua saudaranya menjadi peguam, manakala  baki dua lagi,seorang menjadi doktor dan seorang lagi menjadi paderi (pastor).  Zaman remaja beliau banyak dipengaruhi  dengan penglibatan keluarganya serta  datuknya dalam perjuangan hak-hak asasi manusia.

1981- Ellison menjadi graduan University of Detroit Jesuit High School and Academy, beliau aktif dalam sukan dan menjadi senator untuk student government. Pada usia 19 tahun ketika menjadi penuntut di Wayne State University, Detroit beliau telah memeluk Islam. Inilah penjelasan beliau tentang penghijrahannya : “I had begun to really look around and ask myself about the social circumstances of the country, issues of justice, issues of change. When I looked at my spiritual life, and I looked at what might inform social change, justice in society... I found Islam”. Pada adik-adik yang tak paham, cari dictionary ye..simple je tuh.
Hmm..jadinya beliau adalah beragama Islam, menarik bukan? Beliau menamatkan pengajian dalam bidang ekonomi (sarjana muda) dan selepas berkahwin beliau menyertai University of Minnesota Law School di Minneapolis. Apabila beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang ekonomi pada tahun 1987 beliau mengahwini kekasih hatinya Kim dan dikurniakan empat orang cahaya mata Amirah, Jeremiah, Elijah dan Isaiah. Sayangnya isteri beliau tidak memeluk Islam tetapi keempat orang anaknya dididik dengan pemahaman dan ajaran Islam. Beliau secara rasminya bercerai pada Mei,2012.Beliau juga berjaya menamatkan pengajian undang-undang dari Universiti Minnesota pada tahun 1990.

Dari sini kisah Keith Ellison agak menarik dan panjang dimana beliau telah menulis beberapa artikel sokongan kepada Louis Farrakhan (Nation of Islam). Beliau juga telah menyertai firma guaman selama beberapa tahun dan juga mula melibatkan diri dalam politik dimana parti yang beliau sertai merupakan parti yang amat kecil bagi negeri Minnessota.

Pada November 2006 Keith Ellison telah dipilih menyertai ‘House of Representative’ dan mengangkat sumpah pada Januari 2007. Beliau telah mendapat liputan meluas didalam negara apabila mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran yang pernah dimiliki oleh Presiden Thomas Jefferson. Ianya menjadi isu hangat politik apabila ada yang mengkritik dan tidak kurang ramai juga yang memuji tindakan beliau.

Beliau lantang mengkritik peranan Amerika Syarikat dalam isu Iraq dan pencerobohan. Yang paling utama beliau berusaha menghilangkan ketakutan masyarakat terhadap Islam.Dalam tinjauan rambang ramai yang takut dan menganggap Islam itu bersangkutan dengan pengganas dan ianya menduduki tempat pertama ketakutan warga Amerika Syarikat ketika itu. Beliau akrab dengan NGO Islam dalam perkara ini dengan menerbitkan risalah penerangan tentang Islam,wawancara radio dan berusaha menyingkir salah faham penduduk Amerika Syarikat terhadap Islam . Bagi penulis ini adalah peranan beliau yang wajar disanjung dan dipuji. Bukan senang nak buat kerja macam ni. Banyak lagi jasa beliau disana yang dilakukan tanpa mengenal penat lelah. Apa pun semoga usaha murni beliau berhasil disana.


Sekian.. 

Ulasan