Halaman

Translate

Sabtu, 30 Mei 2015

Jalan-Jalan Pulau Perhentian

Jalan-jalan di Pulau Perhentian


Senja bay resort pulau perhentian kecil
Permandangan pertama Pulau Perhentian
 



Rasanya sebut Pulau Perhentian ramai dah tahu kot sebab memang dah femes dah pulau ini. Aku jarang nak story pasal tempat yang memang dah popular tetapi kali ini aku cerita jugakla supaya maklumat mengenai pulau ini bertambah dalam internet he he.

Kuala Besut Jetty
Jeti Kuala Besut

Pulau ini letaknya didalam negeri Terengganu dan terdapat beberapa pulau yang lain yang juga cantik di Terengganu ini contohnya Pulau Redang, Pulau Tenggol dan lain-lain lagi. Untung negeri Terengganu kerana ada pulau-pulau yang cantik ini. Harapan aku semoga pulau ini akan dijaga seelok-eloknya supaya dapat dinikmati keindahannya oleh generasi akan datang.

Pulau Perhentian 
Pulau Perhentian ini sebenarnya ada dua. Apa.. ada dua? Ye ..dua, satu Perhentian Kecil manakala satu lagi Perhentian Besar. Kedua-dua pulau ini letaknya berdekatan sahaja jadi tak perlu bimbang, bukannya jauh pun. Mungkin ada yang nak bertanya mana satu yang best? Err..ikut masing-masing la, dua-duanya best  sebab apa? Objektif sebenarnya kita nak teroka laut tu jadi kat mana-mana pun sama je. Cuma kehidupan malam lebih happening kat Pantai Pasir Panjang @ Long Beach di hentian kecil tu. Kalau duduk dihentian besar pun boleh pergi dengan menaiki teksi air yang disediakan.



Pulau Hentian Besar,Perhentian Island,#island,#island of Malaysia
Pandangan Jeti Pulau Perhentian No1




Penginapan
Memang banyak penginapan disini macam-macam jenis ada. Ikut budget masing-masing. Disini aku menginap kat tempat yang mewah jugakla so kat mana aku duduk tak perlu bagitau la kot. Lainla kalau resort tu bayar buat review boleh la aku promote giler-giler kan. Aku rasa tak adil kat resort yang lain. Dimana mengikut pengamatan aku yang lain-lain pun ada keistimewaan tersendiri.  Ada yang berdekatan pantai, atas bukit,atas batu, dalam hutan pun ada. So ikut selera masing-masing lah yer:
Berikut adalah beberapa resort yang ada disana :

sunset,sunrise,pulau perhentian
Nak tengok Sunset pun boleh..Kalau sunrise kena pi pantai pasir panjang


Perhentian Besar :
Flora Bay resort  - 09-6977266
Bayu Dive Lodge – 09-6911650
Arwana Perhentian Eco Reort & Beach Chalet – http://sealifeservices.blogspot.com
Perhentian Island Resort -09-6911112
Coral View Island Resort – 09-6977427
The Barat Perhentian Resort  - www.thebarat.com
Tunabay Island Resort – 09-6978779
Paradise resort – 010-9810930
Pelangi Resort – 010-9811762
Samudra Beach Chalet -010-9842920
Coral Bay Chalet – 010-9841370
Abdul Chalet – www.abdulchalet.com
D’Ayumni Chalet – 09-6911680
Alu-Alu Chalet – www.alualudivers.com
Fauna Chalet – anjung holidays >09-6974095
Mama’s Chalet – www.mamaschalet.com.my

Perhentian Kecil:
Bubu Long Beach resort
Senja Bay Resort – www.senjabay.com

Sha-rila Resort 09-6977500 www.sharilaresort.com
Mohsin Chalet – 010-3338897
D’Rock garden – 09-7789326
Sunrise Guest House
Moonlight Chalet - 013-9827547
D-Lagoon - 097866789
Rajawali Island Resort – 010-9805244
Matahari Chalet – www.mataharichalet.com
Ombak resort – www.ombak.my
Maya Chalet – www.mayachalet.com

Apa yang menarik diPerhentian :
Kalau sekadar nak ronda-ronda cuci mata maka dinasihatkan tak payah buang duit pergi ke sana. Rugi kalau tak ambil peluang meneroka isi  alam disana. Elokla pergi snorkeling disitu kalau yang ada lesen menyelam  tu boleh la bermesra dengan ikan disana. Ada lagi yang menarik ialah boleh tengok kincir angin disana. Cantik permandangan disitu.

Turtle Point
Best giler la boleh tengok penyu berenang.  Tidak digalakkan sentuh ye.

Turtle Point,Penyu,#terengganu

Shark Point
Tengok anak-anak jerung ..Ha ha yang kelakarnya waktu aku menyelam ke situ aku sorang-sorang je..geng-geng mat salleh pun dok jauh-jauh..kesudahannya aku pun join diaorang jugak he he.


Tengok jerung di pilau perhentian,jerung,baby shark

Romantic Beach
Memang best giler berada di pantai ini boleh bagi ikan makan roti hehehe..sebelum pegi snorkeling kita perlulah memakai losen perlindung uv bukan apa takut kulit hitam kihkih maklumlah kulit saya ni agak putih 5 jam berada ditengah laut macam-macam boleh jadi.

hentian kecil,romantic,pantai romantik

Kincir Angin
Boleh berjungle trekking atau naik bot ke sana (Hentian Kecil
Rasa macam kat Belanda jer bila nampak kincir angin ini. Tetapi jumlah tangga nak kena daki tu banyak jugak. Kalau banyak masa singgah la.

Lata Air Berani
Air tawar yang sejuk keluar dari tanah
dan macam-macam lagi tempat menarik..
Rasa macam kat Belanda jer bila nampak kincir angin ini. Tetapi jumlah tangga nak kena daki tu banyak jugak. Kalau banyak masa singgah la.

Long Beach, Perhentian Kecil
Mat Salleh banyak lepak kat sini…

long,beach,pasir panjang,longbeach
Akan datang boleh tengok tiram gergasi pulak..sedang diusahakan oleh jabatan laut.

Cerita aku la pulak..
Tulis panjang lebar tak tulis pula apa yang aku buat disana yer. Biasalah nama pun bercutikan. Banyak masa aku bersnorkelling, takder keja rehat-rehat tepi pantai dan makan-makan. Makan memang mahal kat sini tetapi alhamdullilah kebanyakkannya sedap je aku rasa..so puas hati jugakla.
Ada satu tragedi berlaku pada aku sebenarnya kat sana..Nak tahu tak?  Nak? Kalau camtu aku sambung balik cerita aku, pada hari kedua ketika aku nak snap gambar ikan didalam air tu menggunakan smartphone; plastik kalis air yang aku guna tak kalis air pulak..Damn..habis jahanam handphone aku. So tiadala gambar yang dapat aku ambil selepas itu..banyak tumpang orang la jawabnya.
Mungkin ada yang nak tanya antara Krabi dengan Perhentian mana lagi best snorkeling? Jawabnya Perhentian sebenarnya sebab hidupan marin diPerhentian lebih banyak dan colourful kata orang. Yang bestnya krabi pulak korang boleh shopping sebab ada pekan kat situ kat sini mana ada. Ok lah cukuplah cerita aku tu.

Nasihat dan tips
lelaki misteri pulau perhentian,bot sewa pulau perhentian
Entah mamat mana tah..

+ Jumlah hari direkomenkan untuk berada disini adalah 4hari 3malam. Biasanya orang kita selalu ambil 3hari 2malam dimana aku rasa agak rugi. Kenapa? Hari pertama check-in bilik pun dah dekat pukul 3 dah hampir petang pun tak banyak aktiviti dapat dibuat.Hari kedua dah tentu habis banyak masa dengan snorkeling. Hari ketiga tengahari dah nak balik? Nampak tak ruginya disitu.Kalau ikut idea aku hari ketiga ambillah pula pakej Island Hopping atau bahasa mudahnya pakej pusing pulau dan melawat pulau-pulau yang lain. Esok barula kita pulang..
+ Jangan guna bag tarik a.k.a beg akademi fantasia tu tak sesuai disana. Banyak kawasan berpasir jadi tak sesuai kecuali jika anda menginap di Sha-rila Resort. Kat situ sahaja resort yang bersambung dengan jeti di Hentian Kecil tu.
+Bawa lampu suluh kecil untuk berjalan-jalan di waktu malam. Kalau tak nak pun pastikan handpon anda ada torchlight. Ada kawasan yang kena jalan gelap kerana kemudahan lampu malam memang tak banyak.
+Liputan 3G memang sekejap ada sekejap menghilang so aku dah bagitau ni harap-harap bersedia dari segi mental bab-bab ini. Yang main C.O.C tu nasib koranglah kalau sayang game tak payah datang..(kejam statement aku ni kan)
+Bawa pakaian yang sesuai dan lebihkan untuk mandi.
+ Bawa duit lebih kerana setengah-setengah tempat tidak menerima sebarang kad kredit/debit. Makan mahal banyak beb kat sana.
+ Ada yang kata budak-budak tak sesuai dibawa disana yelah nak bersnorkelling salah seorang ibu-bapa kenala bergilir jaga anak-anak mereka. Ada yang kata boleh. Bagi aku pula kalau anak bawah 6tahun memang aku rasa kurang sesuai dibawa..entahla ini ikut pemerhatian aku disana. Kalau nak bawak juga bawakla tiada larangan pun.
+ Jika bawak anak-anak kecil beli siap-siap pelampung khas, kalau beli kat sana kang mahal pula. Bukan anda sahaja yang nak mandi manda, anak anda pun hendak juga kan.
+jangan lupa bawa losyen kulit sekurang-kurangnya SPF25++keatas. Kang merah menyala macam udang kara jangan kata aku tak bagitahu pulak..
+Jangan buang sampah merata-rata. Hargailah alam sekitar.
+ Tempah awal bilik – kalau nak walk-in pun boleh cuma takut penuh je nanti korang juga yang merana.
+Waktu paling sesuai dikatakan April-May, tetapi cuaca masakini aku rasa susah nak ramal dah. Oktober hingga Disember semua resort tutup untuk penambahbaikan resort masing-masing. Lagipun time tu musim tengkujuh laut kuat bergelora jadi Taman Laut Pulau Perhentian ditutup untuk orang ramai. Info lanjut : Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu 09-6221433/1893

Info lain dan Budget
Dibawah ni adalah panduan persediaan untuk korang yang nak kesana..so kena baca baru boleh nak ke Pulau Perhentian J
Hotel /Chalet: ikut kemampuan anda –sila isi sendiri
Tambang bot : Rm70 seorang pergi-balik
Naik di Jeti Kuala Besut (waktu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang)
Waktu pulang dari Pulau ke Kuala Besut 8.00pagi/12.00 tengahari/4.00petang
Caj Taman Laut : Rm5
Parking : harga tidak menentu dalam RM8-RM10 sehari (boleh kowtim)
Bagi yang nak naik flight, Kota Bahru lebih dekat berbanding Kuala Terengganu untuk sampai ke Kuala Besut. Kalau dari Kota Bahru caj teksi dalam lingkungan RM60
Tiada kemudahan ATM di Pulau Perhentian
ATM terdekat di Jeti Kuala Besut adalah ATM Bank Pertanian
-Tamat-

Na na na Teganu kiter…


“Selamat Bercuti”




p/s – maaf artikel panjang berjela J

11 ulasan:

  1. tak pernah smpai ganu lagi. cantik tmpt dia :D

    BalasPadam
  2. Negeri cantik orghe nye pun baik baik

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Isk.....lawa betul tempat tu....
    boleh pergi honeymoon kat situ...tak payah pergi krabi bagai..kikiki

    BalasPadam
  6. Belom lagi berkesempatan ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pergi tgk tempat orang ni.. Rilek Minda kata orang

      Padam
  7. perlu khidmat nasihat bercuti kt pulau di terengganu(perhentian,kapas,redang) atau ke tasik kenyir
    sila call/wasap di no.0179799773

    BalasPadam