Halaman

Translate

Sabtu, 27 Mei 2017

Kenapa mesti aku saja yang kena. Why me?

Why me? Kenapa mesti aku?


sad,sedih,kenapa_aku,why



Why me? Kenapa aku? Pernah tak kita cakap atau rasa macam tu dalam hati? Selalunya kalau dah luah macam tu rasanya adalah benda atau perkara yang kita tak puas hati. Betul tak?
Balik-balik aku balik balik aku..kenapa mesti aku yang kena buat semua ni..boss tak adil,bodoh,bla..bla.. Bila dah jadi macam ni boleh dikatakan tahap stres kebarangkalian berada pada paras tertinggi. Boleh meletup kalau tak kena gaya.

Kenapa tiba-tiba aku buka bab ni? Adakah aku tengah stres? Sebenarnya tidak pun. Cuma dah lama aku nak tulis bab ni cuma tak ada masa.Aku ada juga terdengar benda-benda luahan ini dalam radio dan teringin nak tulis dalam blog walaupun idea aku tak banyak mana pun. Aku tahu ramai malah rasanya hampir semua akan mengalami situasi rasa tak puas hati bila ditimpa musibah atau rasa dibuli oleh keadaan semasa. Kepada yang ditimpa atau mengalami perasaan ini, bertabahlah dan bertenang. Hidup memang mencabar dan kita harus akur.

Oklah buat yang mengalami rasa macamni, kita boleh turunkan paras stres ni dengan memperbanyakkan zikir, kerana zikir boleh buat hati kita tenang. Kalau rasa stres ditempat kerja ambil cuti panjang sekurang-kurangnya seminggu. Ye dengan bercuti panjang mood kita akan kembali normal. Percayalah. Bila bercuti panjang tak semestinya kita kena berhabis duit dengan melancong. Tak melancong pun boleh juga. Kita boleh  ambil peluang untuk menziarah sanak – saudara dan ibu-bapa. Kalau memang ada modal banyak boleh la melancong, sebab melancong memang baik untuk hilangkan stres. Kalau ada hobi boleh la tumpukan perhatian lebih sikit sekurang-kurangnya tidak la rasa stres melampau.

Kepada pembaca blog yang tertunggu-tunggu entri baru ,aku minta maaf sebab aku terlampau sibuk dengan macam-macam urusan. Buat semua selamat berpuasa diucapkan. Semoga kita mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan